Assalamualaikum wbt......
Saja2 nak kongsi gambar kat bawah ni.. sebahagian daripada koleksi tempahan ucu awal bulan tadi...
4 biji Caremel cake (saiz 6 inci) dan 25 biji rvc di tempah oleh Pn Ummi dari Kelana Jaya untuk makan2 sempena anak balik dari asrama, katanya.
Buttercake ni pulak tempahan dari Pn Lily sempena anak dia bertunang hari tu..(ada kt entry sbelum ni) dia tempah 4 biji buttercake n satu kek tunang RVC. RVC + 2 Buttercake ucu baking sehari awal...dan ada 2 lagi tengah bakar dlm oven...
Jadi malam tu tinggal deco jer...
Kiranya malam tu ucu bersilat sampai jam 4.00 pagi jugaklah kat dapur dan esoknya pagi2 lagi jam 8.30 kena pi Kelana Jaya hantar Pn Ummi punya tempahan.
Lepas tu jam 11.30 pi ikut rombongan bertunang kat Bukit Pelanduk, N9.
Penat tak usah nak ceritalah.. ...namun ucu amat2 bersyukur ke hadrat Illahi kerana dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk menunaikan amanah orang yang sudi merasa kek ucu ni.
Okeylah ye..sikit2 bolehlah cerita pasal bersilat kt dapur.....kalau selalu takut2 nanti orang jemu...
Tapi...dari malam tadi ucu dah bukak gelanggang silat sampai 1hb mei...ada sapa2 nak joint...?
hadiah mesteri tau.....hahahaha..
Bai..bai...Wassalam..